Jumaat, 10 Ogos 2012

Ayam Percik

Inilah Ayam Percik yang paling lazat di dunia!!! Tak jauh derrr...kat kg saya jer. Ayam percik ni mmg resepi turun temurun, boleh didapati di Felda Bukit Mendi, Triang Pahang. Memang tiada tolok bandingannya...mmg popular di kalangan masyarakat gugusan felda di sini. Selalu di jual di pasar Ramadhan atau pekan sehari setiap khamis.

Khamis, 26 Julai 2012

Ayam Penyet @ Ayam Bakar di Kuching...sama la seperti di Semenanjung. Sedap juga....
Seafood di Kuching, memang tak sah kalau tak mencubanya di Top Spot...ada sayur unik di sini..lupa lak namanya...harga kira murah gak...

Pisang Keju, Kuching Sarawak

Sesiapa yang berkesempatan pergi Kuching , Sarawak, jangan lupa mencuba Pisang Bersalut Keju ini...memang lazat hingga menjilat kaki haha :)

Kek Lapis Sarawak

Sedapnya Kek Lapis Sarawak...mmg tak boleh disangkal...naik bot tambang nak sampai sini tau..hehe.
* TQ saleha sebab belikan kek lapis masa pergi Sarawak :)

Isnin, 23 Julai 2012

Kunjungan ke Beijing....2010.

Semasa berkunjung ke Beijing pada 2010, saya ada terjumpa biskut Biji Matahari, memanglah lazat. Sesiapa yg berkesempatan ke sana jangan lupa beli. Cherry tu? nampak merahhhh....tapi rasanya biasa-biasa aje.
Strawberry di Beijing memang lebih besar berbanding Malaysia dan lebih manisss...

dan lebih manis apabila disalut dengan gula tebu...yummy!

Ahad, 22 Julai 2012

Daging Salai Cili Padi :)

Ketam Berempah

Menu Hari Ini- Ketam Berempah....

Sabtu, 21 Julai 2012


Puding Jagung dah siapppp...ada tempahan sempena Ramadhan. :)

Suji ni mmg tiap-tiap tahun ada tempahan gitu...wife saya buat. Promote sekali sekala...haha
Carrot Cheese Cake...masa ni makan kat Muar, kenduri orang kawen...nice!
Sate ni saya beli di Bdr Tasik Selatan, betul-betul kat traffic light depan bengkel kereta...not bad...kuah dia sedap!
Salmon Skin di....korang tau lah! ;).
Laksa di Food Court Pavilion, KL. Maveles!
Laksam ni saya beli di Pangsapuri Blok B, Bandar Tasik Selatan. Mmg Mek Kelate yg buat...sedapp wehhhh....







Baked....dibuat sendiri (isteri saya lerrr)...

Ini antara makanan yang dibuat sendiri...teka yang mana satu saya buat? hehehe

Makanan di Jakarta-Bandung


Pada Dec 2010, saya berkesempatan melawat Jakarta dan Bandung. Di sini banyak juga Restoran Nasi Padang dan Restoran citarasa daerah-daerah yang lain di Indonesia. Inilah makanan-makanan yang sempat saya ambil. Yang paling saya suka adalah ikan menari tu....ada org kata itulah ikan kalui! Ye ke?





Saya pun tak tau apa nama kuih ni, sebab tak beli dan tak berani nak makan. Ia terdapat di puncak Gunung Tangkuban Perahu. Unik kan?